//NRLALIA
Kehidupan seorang perantau

Wednesday, 7 October 2015 @ 23:58 | 0 Comment [s]

بسم الله الرحمن الرحيم

Oh ya. Assalamualaikum 

Aku just nak share la kan keadaan merantau ni macam mana. 

Oh ya aku baru dapat sambung degree kos ekonomi kewangan dekat sabah. Jauh kan? Jauh la bagi orang yang duduk selangor macam aku. Kau tau ape aku rasa masa dapat keputusan tu? 

Perasaan yang bercampur baur. Tak tahu nak sedih ke nak gembira. 

Sedih sebab dapat jauh sangat sebab kena merentasi laut china selatan tu kan. 

Dan gembira sebab aku dapat tawaran sambung belajar. 

Bila aku terus bagitau mak aku, dia diam. 
Mungkin mak aku pon ade dua perasaan tu jugak mungkin. 

So nak taknak kena pergi jugak la kan. At the same time, abah aku buat surat dekat UPM. Kira macam cuba nasib la kan. Tapi keputusan UPM tu keluar 15/9 tapi pendaftaran dekat sabah ni 1/9 (oh ya aku dapat UMS)

Lepastu mak cakap pergi jela sabah dulu kan. Kalau dapat UPM tu baru fikir balik nak pergi ke tak. Lagipon kos yang dpt kt UMS ni macam okay je kan. 

30/8 pun aku dengan parent and adik aku fly ke sabah. Kira mcm pegi makan angin teros la kan. Sambil menyelam minum air, haa lebih kurang macam tu la. 

1/9 aku daftar. Pergi la ke UMS tu. Pastu daftar online dekat situ, cek cek dapat tingkat 4. Lagi sekali! Please la, cukup la dekat matriks je dapat tingkat 4. Tapi nak buat macam mana kan. Terpaksa. 

Bila aku buka je pintu bilik aku. Aku terkejut. Saat itu aku sangat sangat la bersyukur bilik aku kat matriks dulu sebab bilik ni tak seindah bilik di matrik. 


Haa nilah rupa dia. Tapi takpe la. Terima jela. Haha. 

Pastu orentasi pon bermula la. Biasalah siapa yang suka orentasi kan? Bangun pukul 4 dan tidur pukul 12/1. Kau rasa? Tapi hadap jela. Seminggu je kan. 

Hari aku di universiti ni pon berlalu dengan penuh kebosanan. Pegi kelas balik kelas. Kadang kadang aku pon tak tahu apa yang aku belajar dekat kuliah tu. Maklumlah dekat matriks dulu belajar dalam bm tiba tiba kat sini, bi. 

So sebenarnya aku rasa macam bukan pelajar universiti pon ada jugak. Yela.. Macam emm entahlah. Asal cuti je aku keluar. Kadang kadang kesian ke parent aku la kan. Sebab asyik kena masuk duit je kan. Tapi diorg tak penah larang pon aku nak keluar sebab diorang kata taknak la terlalu mengongkong aku sangat. Sebab aku keluar pon pegi makan jela kan. Tapi orang luar yang sibuk bising. Aku pon tak tahu apa masalahnya kan? 

15/9 Keputusan rayuan upu pon keluar. Aku dapat UPM tu. 


Ceritanya aku dapat kos sains. Kau rasa aku boleh bawak ke kalau dari zaman form 4 lagi aku dok menghadap penyata pendapatan dengan kunci kira kira tu? Tiba tiba degree nak suruh aku hadap bahan kimia, bedah tikus semua tu? Kau rasa aku boleh buat ke? Tapi aku minat tau sains ni dari zaman form 4 lagi. Cuma tak berani je nak amek aliran sains tu. Cikgu ada offer tapi hati tidak yakin jela. 

Jadi mak aku suruh aku stay je dekat UMS tu. 

Pastu harini dah masuk sebulan lapan hari aku kat ums ni. Homesick? Sangat. Yela dulu duduk KMJ pon homesick padahal sejam lebih je dari rumah. Ni kan duduk seberang laut. Lagilah. 

Aku cuma harap bulan 11 ni dapat balik la. Sebab first, aku rindu family aku. Dan sebab kedua, aku rindu katil aku. 

Sebenarnya banyak benda aku nk cerita lagi la kan. Tapi, bak kata orang "tak semua benda yang kita nak kita akan dapat". Takde kena mengena kan? K tau. 





Older Post | Newer Post
The Disclaimer

Sometimes, you have to forget what you want to remember what you deserve.


Navigations!

Diary About


Twitter


Let's Talk!


The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : NrlAliaa

Best View at GOOGLE CHROME!