//NRLALIA
FINAL EXAM

Sunday, 20 December 2015 @ 06:09 | 0 Comment [s]








Assalamualaikum..

oh next week dah nak start exam

dan

dan

dan

aku tak study apa apa lagi.......


huarghhh... sesiapa tolong bagi kesedaran kepada saya yang tak reti sedar diri ni lagi plss..


tak tahu la kenapa rasa dekat uni ni macam susah sangat berbanding matrikulasi.. myb sebab all in english mungkin. paham tak lecture in english tapi exam dwibahasa. why not ajar je dalam malay kan. tak rasa ke memudahkan lagi. dan dan jumlah paper kt uni lagi banyak kot. tktahu la nak arrange masa mcm mana supaya dapat study semua.

cerita dia mcm ni, bila kau rasa nak study jerrr boleh ckp semua subjek kau bukak buku and bila ada something yg lebih buat kau tertarik kau akan terus tutup kesemua buku itu dan dan terus tinggalkan buku itu perlahan lahan. okkkk aku bukan nak ckp tu sebenarnya.

ok ok cerita dia bila ada perasaan nak study, boleh ckp time tu lah kita nak study semua subjek. tapi once tk paham terus hilang mood tu. sampai sekarang aku masih tertanya tanya kot.

dan korang paham tak bila time study week la kita rasa nak tengok movie weh padahal movie tu dah lama bersarang di dalam laptop. masa bukan time exam tak berminat pon dengan movie movie tu semua.

dannnn ok luar topik...

masalah roommate?

oh aku rasa tersangatlah serabut dengan dia. hehe ok tu je.

dannnn time time nak exam la sakit semua nak datang...

time tu la

nak demam

nak gastrik

nak selesema

mcm takde masa lain kan :))))))

dan besok ada medical check up untuk NAVY


dengan ini, saya mengucapkan goodluck untuk final dan MC Navy :))))))))



Kehidupan seorang perantau

Wednesday, 7 October 2015 @ 23:58 | 0 Comment [s]

بسم الله الرحمن الرحيم

Oh ya. Assalamualaikum 

Aku just nak share la kan keadaan merantau ni macam mana. 

Oh ya aku baru dapat sambung degree kos ekonomi kewangan dekat sabah. Jauh kan? Jauh la bagi orang yang duduk selangor macam aku. Kau tau ape aku rasa masa dapat keputusan tu? 

Perasaan yang bercampur baur. Tak tahu nak sedih ke nak gembira. 

Sedih sebab dapat jauh sangat sebab kena merentasi laut china selatan tu kan. 

Dan gembira sebab aku dapat tawaran sambung belajar. 

Bila aku terus bagitau mak aku, dia diam. 
Mungkin mak aku pon ade dua perasaan tu jugak mungkin. 

So nak taknak kena pergi jugak la kan. At the same time, abah aku buat surat dekat UPM. Kira macam cuba nasib la kan. Tapi keputusan UPM tu keluar 15/9 tapi pendaftaran dekat sabah ni 1/9 (oh ya aku dapat UMS)

Lepastu mak cakap pergi jela sabah dulu kan. Kalau dapat UPM tu baru fikir balik nak pergi ke tak. Lagipon kos yang dpt kt UMS ni macam okay je kan. 

30/8 pun aku dengan parent and adik aku fly ke sabah. Kira mcm pegi makan angin teros la kan. Sambil menyelam minum air, haa lebih kurang macam tu la. 

1/9 aku daftar. Pergi la ke UMS tu. Pastu daftar online dekat situ, cek cek dapat tingkat 4. Lagi sekali! Please la, cukup la dekat matriks je dapat tingkat 4. Tapi nak buat macam mana kan. Terpaksa. 

Bila aku buka je pintu bilik aku. Aku terkejut. Saat itu aku sangat sangat la bersyukur bilik aku kat matriks dulu sebab bilik ni tak seindah bilik di matrik. 


Haa nilah rupa dia. Tapi takpe la. Terima jela. Haha. 

Pastu orentasi pon bermula la. Biasalah siapa yang suka orentasi kan? Bangun pukul 4 dan tidur pukul 12/1. Kau rasa? Tapi hadap jela. Seminggu je kan. 

Hari aku di universiti ni pon berlalu dengan penuh kebosanan. Pegi kelas balik kelas. Kadang kadang aku pon tak tahu apa yang aku belajar dekat kuliah tu. Maklumlah dekat matriks dulu belajar dalam bm tiba tiba kat sini, bi. 

So sebenarnya aku rasa macam bukan pelajar universiti pon ada jugak. Yela.. Macam emm entahlah. Asal cuti je aku keluar. Kadang kadang kesian ke parent aku la kan. Sebab asyik kena masuk duit je kan. Tapi diorg tak penah larang pon aku nak keluar sebab diorang kata taknak la terlalu mengongkong aku sangat. Sebab aku keluar pon pegi makan jela kan. Tapi orang luar yang sibuk bising. Aku pon tak tahu apa masalahnya kan? 

15/9 Keputusan rayuan upu pon keluar. Aku dapat UPM tu. 


Ceritanya aku dapat kos sains. Kau rasa aku boleh bawak ke kalau dari zaman form 4 lagi aku dok menghadap penyata pendapatan dengan kunci kira kira tu? Tiba tiba degree nak suruh aku hadap bahan kimia, bedah tikus semua tu? Kau rasa aku boleh buat ke? Tapi aku minat tau sains ni dari zaman form 4 lagi. Cuma tak berani je nak amek aliran sains tu. Cikgu ada offer tapi hati tidak yakin jela. 

Jadi mak aku suruh aku stay je dekat UMS tu. 

Pastu harini dah masuk sebulan lapan hari aku kat ums ni. Homesick? Sangat. Yela dulu duduk KMJ pon homesick padahal sejam lebih je dari rumah. Ni kan duduk seberang laut. Lagilah. 

Aku cuma harap bulan 11 ni dapat balik la. Sebab first, aku rindu family aku. Dan sebab kedua, aku rindu katil aku. 

Sebenarnya banyak benda aku nk cerita lagi la kan. Tapi, bak kata orang "tak semua benda yang kita nak kita akan dapat". Takde kena mengena kan? K tau. 




KOLEJ MATRIKULASI JOHOR DIHATIKU

Friday, 22 May 2015 @ 01:38 | 0 Comment [s]

Assalamualaikum..

First of all (pergh speaking ko) hahaha..

ok..

aku ni BEKAS pelajar kolej matrikulasi johor (KMJ). sejujurnya aku rindu semua kenangan kat kmj ni tak kesahlah pahit ke manis ke masam ke masin ke tapi benda tu semua la yang jadikan siapa aku harini .

ceh.

aku masih ingat lagi hari pertama kat kmj iaitu 26/5/2014 masetu hari pertama aku di sana maksodnye hari pendaftaran la kan. hahaha. dapat  bilik tingkat 4 perghh nak angkat barang masetu Allah je tau macam mana seksanya tapi parents aku tolong jugak aku. sebab apa? mungkin sebab diorang gembira ank diorg yang perangai tak matang ni masuk asrama mungkin? ke sebab parents aku bangga? dua dua kot hahaha

ok taknak cite pasal ni pon sebenarnya.

okay la aku start ke main point nye hehe

kenangan yang aku paling rindu dekat sana ialah bila bersama dengan praktikum.

7/10 kenangan aku adalah bersama diorg la dan kebanyakkan kenangan kiteorg ialah masa kawad.


maseni hari first latihan kawad




maseni hari first pakai full uniform


hari kedua kem dekat melaka lepas main benda alah ni aku rasa mcm nak jadikan benda alah ni one of my fav sport hehe


hari kedua tapi belah petang hehe pertandingan memasak



pagi sebelum perlawanan kawad



kami tak menang johan tapi kami menang naib johan je tu hadiah sempena johan praktikum paling ceria haaa korang tengok gambar ni je korang dh boleh tau lah ceria dia tu macam mana kan hahaha



ni pegi jogging pepagi sekitar kampung masa ni happening gila hahah



adik adik yang dapat matrik tu jangan la tak suka sebab dulu akak akak pon tak suka jugak tapi sebenarnya dekat matrik la tempat yang paling banyak korang cipta kenangan and kalau dapat kawad tu tak payah nak mengeluh sgt hehe kawad la koko yang paling best sekali (bagi aku la hehe)

ok to all my practicum-mate

aku rindu korang
aku rindu nak bukak puasa dengan korang
aku rindu nak gaduh dengan korang
aku rindu nak buat lawak bodoh dengan korang
aku rindu semua pasal korang (terutamanya girls la)

salam sayang dari aku.


The Disclaimer

Sometimes, you have to forget what you want to remember what you deserve.


Navigations!

Diary About


Twitter


Let's Talk!


The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : NrlAliaa

Best View at GOOGLE CHROME!